Posts

ELMK 3013 : Nilai-nilai Murni - Nicol Ann David

Image
ELMK 3013 : Nilai-nilai Murni - Nicol Ann David Ahli kumpulan: Bong 1, Bong 2, Corn, Ah Ling Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 26 Ogos 1983. Beliau merupakan anak kepada pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India. Ketika di bangku sekolah, Nicol merupakan pelajar cemerlang dalam mata pelajaran matematik dan beliau juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera seperti bapanya. Nicol mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah dan juga 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Lane dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang. Beliau beragama Kristian (Roman Katolik). Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain ...