ELMK 3013 : Nilai-nilai Murni - Nicol Ann David
ELMK 3013 : Nilai-nilai Murni - Nicol Ann David
Ahli kumpulan: Bong 1, Bong 2, Corn, Ah Ling
Nicol Ann David
dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 26 Ogos 1983. Beliau merupakan anak
kepada pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond David yang
berketurunan India. Ketika di bangku sekolah, Nicol merupakan pelajar cemerlang
dalam mata pelajaran matematik dan beliau juga pernah bercita-cita untuk
menjadi seorang jurutera seperti bapanya. Nicol mendapat 7A dalam Penilaian
Menengah Rendah dan juga 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau
pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Lane dan seterusnya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane,
Pulau Pinang. Beliau beragama Kristian (Roman Katolik).
Pada usia menjangkau 23
tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis
pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama
meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia. Pada 1997,
beliau merangkul emas dalam kategori berpasukan Sukan Sea Jakarta ; 1998, merupakan
juara Asia bagi Sukan Asia Bangkok ; 1999, mendapat Emas individu Sukan Sea
Brunei, dan juga Juara Remaja Dunia Antwerp, Belgium ; 2000, menjadi Juara
Terbuka Finland dan juga Juara Terbuka Kuala Lumpur ; 2002, Juara Terbuka Kuala
Lumpur; Perak acara beregu campuran bersama Ong Beng Hee di Sukan Komanwel
Manchester, 2005, mendapat Juara Terbuka Kuala Lumpur; Juara Terbuka Kuwait;
Juara Terbuka Belanda; Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Dunia; Juara
Terbuka British; Juara Terbuka Caroy Weymuller.
Melalui segala
pencapaian yang diperoleh beliau dalam pertandingan yang telah diikuti beliau
tersebut, kita dapat lihat dengan jelas bahawa beliau sanggup berkorban demi
negara. Pada usia 23 tahun, Nicol
menjadi pemain skuasy No.1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga
Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga No.1 Dunia dalam sukan
ini. Beliau juga menjadi orang ke-12
yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada
April 1983. Walaupun beliau pernah
menghadapi kegagalan berulang kali sebelum meraih gelaran pemain skuasy No.1
ini, namun beliau tidak pernah berputus asa.
Beliau tetap sanggup untuk terus bertanding sehingga mengangkat nama
Malaysia ke persada dunia.
Dalam sumbangan beliau
kepada negara juga, kita dapat lihat dengan jelas bahawa beliau merupakan
seorang yang cinta akan negara.
Pencapaian dan kehebatan ratu skuasy dunia Datuk Nicol Ann David, dalam
gelanggang memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau dikurniakan abiliti fizikal sejak
lahir itu membuatkan beliau lincah beraksi di gelanggang. Beliau telah
menggunakan anugerah yang dikaruniakan kepadanya dengan berusaha memeneangi
setiap pertandingan yang diikutinya.
Kecintaan beliau kepada negara telah memberi dorongan kepada beliau untuk
terus merangkul kejayaan dalam persada dunia.
Sebagai seorang guru yang mempunyai tanggungjawab kepada negara dan
bangsa, kita perlulah sanggup mengorbankan masa dan tenaga kita untuk membentuk
modal insan yang mampu membangunkan negara kita dan mengharumkan nama negara
kita seperti apa yang telah dilakukan oleh Dato Nicol Ann David.
Beliau mengamalkan
nilai kerajinan dalam menjalankan latihan beliau. Beliau menjalani latihan dua
kali sehari, dari dua hingga empat jam selama enam hari seminggu. Walaupun
kekurangan waktu riadahnya, beliau tidak berputus asa dalam menjalankan
latihannya. Bukan sahaja beliau rajin dalam latihannya, tetapi juga amat fokus
dalam pendidikannya. Nicol membuangkan masa, beliau menyedari masanya amat
terhad di sekolah, beliau tetap membawa buku-buku pelajarannya ke tempat
latihan atau pun pertandingan, itulah sebahagian rahsia kecemerlangannya dalam
akademik. Oleh sebab kerajinan yang diamalkan olehnya, beliau mendapat keputusan
yang cemerlang tak kira dalam mana-mana bidang. Sebagai seorang guru, kita
haruslah rajin dalam melaksanakan kewajipan di sekolah seperti mendidik,
menyemak buku latihan, menaksir, menganalisis dan merekod kehadiran murid dan
sebagainya. Semasa menghadapi cabaran, kita haruslah berusaha mengatasinya dan
tidak berputus asa.
Tidak dinafikan juga,
nilai harga diri juga diamalkan oleh Nicol dalam kehidupannya. Beliau amat
menjaga kesihatan badan terutamanya spiritual. Jika tidak mengeluarkan peluh di
gelanggang, Nicol selesa mendengar muzik dengan selain menonton televisyen dan
ketika di perantauan. Berdasarkan ini, boleh kita lihat beliau mempunyai amalan
hidup yang sihat. Sebagai seorang guru, kita haruslah menghargai diri supaya
mempamelkan sesuatu yang baik kepada anak murid kita. Misalnya, mempunyai gaya
hidup yang sihat supaya mempunyai spiritual yang baik.
Beliau juga mengamalkan
nilai rendah diri. Terdapat beliau sangat menghormati orang lain dan tidak
sombong atas popularitinya, beliau suka berkawan tak kira bangsa agama dan
budaya. Sebagai seorang guru, kita haruslah rendah diri dalam sosialisasi
seperti bergaul dengan ibu bapa kita haruslah rendah diri semasa berkomunikasi
dengan mereka. Hal ini supaya dapat mengetahui keadaan murid daripada ibu bapa
kerana ibu bapa merupakan peranan yang paling dekat dengan murid. Guru juga
haruslah bekerjasama dengan rakan sekerja semasa melakukan sesuatu perkara tak
kira pangkat atau kejayaan di sekolah.
Kesimpulannya, Beliau
sebagai seorang orahragawati yang dapat dicontohi oleh kita supaya dapat
menjadi seorang bakal guru yang cemerlang dan dapat menyelesaikan masalah yang
akan dihadapi dengan lebih berkesan. Kita haruslah mementingkan negara lebih
dari mementingkan diri sendiri dengan melahirkan insan yang dapat menyumbang
kepada negara.
best titanium flat iron flat iron - Tinned and Bakelite
ReplyDeleteTitanium Iron Flat is a mens titanium wedding bands stainless steel flat black titanium rings iron baking plate made of wood and nier titanium alloy aluminum oxide, along with titanium wedding bands the traditional $7.95 ford edge titanium 2019 · In stock
e076x9ozmin887 anal toys,japanese sex dolls,dog dildo,male sex toys,Bullets And Eggs,g-spot dildos,dildos,cheap sex dolls,wolf dildo f812o1ucwsh916
ReplyDelete